TPM terkejut ugutan doa pecah perut Nik Aziz-Malaysiakini.
Kenyataan Tok Guru Nik Aziz nak doakan sampai pecah perut orang yang khianati rayalti minyak Kelantan mengundang semakin serabut kepala hotak Muhyidin Yasin.Sampai tak tau nak kata apa dah.Lidah kelu gamaknya sebab takut.
Katanya kabinet dah putuskan tak mau bayar royalti tapi nak bagi wang ehsan.Adakah keputusan kabinet tu mengikut undang-undang perjanjian antara Petronas dan kerajaan negeri?Adakah kabinet betul walau melanggar perjanjian atau undang-undang?Kalau macam tu apa guna undang-undang di buat.Kalau rakyat biasa mesti patuh dengan undang-undang,tapi pihak kerajaan atau menteri atau orang besar-besar boleh langgar undang-undang?Ini hak rakyat.Mana pergi slogan “rakyat didahulukan”?Sekadar slogan tapi buatnya tak atau pun menipu!
Muhyidin kata perbuatan Tok Guru ni tak mencerminkan semangat cara Islam yang sebenar.Apa pulak?Ni la cara Islam!Kalau kita tiada upaya untuk selesaikan suatu masaalah,kepda Allah la kita mohon.Allah lah yang maha kuat dan berkuasa untuk buat sesuatu.Kalau tak buat salah nak takut apa?Biar la orang doa apa-apa bala pun kepada kita,pastinya Allah yang maha mengetahui.Apa peduli kalau kita tak buat salah!
Bila dah terdesak macam ni Muhyidin nak suruh pimpinan atau ulamak Pas tegur Tok Guru pula.Kenapa tak suruh ustaz atau ulamak dalam Umno yang berhujah tentang doa Tok Guru ni tak betul dengan syariat Islam?Bagi la dalil Quran dan Hadis.Ust.Firdaus al hafiz mana?Ustz Masitah mana?Mufti Harusani mana?Biro agama Umno mana?Tak de sebab pula ulama dan pimpinan Pas nak larang Tok Guru pula kalau apa yang dia buat tu tak bertentangan dengan hukum syarak.
Jelas Allah telah mencampakkan rasa takut di dalam hati-hati manusia yang zalim dan menentang Islam terhadap para pejuangNya.Kalau zaman dulu hanya dengan melihat para sahabat bersugi sahaja,musuh-musuh Islam menjadi takut.
Filed under: Uncategorized





