Posted on 04/12/2009 by kepalaangin
TPM terkejut ugutan doa pecah perut Nik Aziz-Malaysiakini.
Kenyataan Tok Guru Nik Aziz nak doakan sampai pecah perut orang yang khianati rayalti minyak Kelantan mengundang semakin serabut kepala hotak Muhyidin Yasin.Sampai tak tau nak kata apa dah.Lidah kelu gamaknya sebab takut.
Katanya kabinet dah putuskan tak mau bayar royalti tapi nak bagi wang ehsan.Adakah keputusan kabinet tu mengikut undang-undang perjanjian antara Petronas dan kerajaan negeri?Adakah kabinet betul walau melanggar perjanjian atau undang-undang?Kalau macam tu apa guna undang-undang di buat.Kalau rakyat biasa mesti patuh dengan undang-undang,tapi pihak kerajaan atau menteri atau orang besar-besar boleh langgar undang-undang?Ini hak rakyat.Mana pergi slogan “rakyat didahulukan”?Sekadar slogan tapi buatnya tak atau pun menipu! Baca lagi »
Difailkan dalam: Uncategorized | Leave a Comment »
Posted on 30/11/2009 by kepalaangin
Benar!Doa itu adalah senjata orang mukmin!Najib,Hisyamudin dan Muhyidin semakin gelisah dan seolah-olah hilang akal dengan doa Tok guru Nik Aziz.Tau pun takut!Selama ini pemimpin umno ini lupa kepada Allah apabila berbagai penyelewengan dan kezaliman yang mereka lakukan terhadap rakyat Kelantan khususnya dan Malaysia amnya.Hanya Allah yang maha kuat dan Allah juga maha penolong hamba-hambanya yang di zalimi.
Lihat lah kepala hotak Muhyidin menjadi celaru dengan doa Tok Guru ni.Nak bodek Najib ni!Dia fikir doa Tok Guru menyalahi agama katanya,lepas tu tak tau hukumnya pula.Apa ni?Kalau tak tau hukum jangan la bercakap!Dalam masa yang sama juga mengakui Tok Guru lebih tahu pasal agama daripada dia.Dah tau jahil agama, baik ikut je Tok Guru,jangan dok pertikai,perlekeh dan kata yang Baca lagi »
Difailkan dalam: Uncategorized | Leave a Comment »
Posted on 30/10/2009 by kepalaangin
Teka-teki siapa yang buat jambatan gantung yang runtuh semasa perkemahan 1Malaysia di Kampar malam Isnin lalu masih belum terjawab.Ada member kata “biasa la projek kroni yang kaki bodek ni,takkan nak bagi tau kot.Nanti rosak la kroni tu sebab tu mesti kena sorok”!
Aku masa kecik dulu,orang tua-tua dok cerita,kalau nak buat kenduri pinjam pinggan mangkuk bunian.Tak tau sapa yang hantar.Tau-tau ada depan tangga.Agaknya jambatan gantung tu orang bunian yang buat kot?Pakat tanya JKR,JKR pun tak tau.Jabatan Pelajaran pun nafi terlibat bina,dah tu buat tak ikut prosedur pulak.Sah la bunian ni baru belajar buat jambatan ataupun baru dapat lesen kelas F.
Difailkan dalam: Uncategorized | Leave a Comment »
Posted on 27/09/2009 by kepalaangin
dari MStar Online: Sultan Pahang mahu rakyat terus sokong kerajaan Barisan Nasional KUALA KRAU: Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah mahu rakyat negeri itu terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) agar lebih banyak pembangunan sosial, ekonomi dan pendidikan dapat dilaksanakan untuk faedah mereka. Baginda bertitah, rakyat perlu terus bersama kerajaan kerana agenda pembangunan yang dirancang dalam jangka pendek dan panjang bakal memberi manfaat berterusan kepada mereka.
Salam aidilfitri Tuanku, Baca lagi »
Difailkan dalam: Uncategorized | Leave a Comment »
Posted on 15/09/2009 by kepalaangin
Pada petang 13 Sept yang lepas,aku di jemput oleh cikgu Jaafar(YDP Kota Raja)ke suatu majlis bersama kelab penyokong Pas.Programnya di Dewan MPK Taman Seri Andalas.Turut hadir YB Ir Khalid Samad dan YB Dr.Mariah.Majlis berbuka puasa turut dilangsungkan disitu bersama-sama kelab penyokong tersebut.
Yang menariknya di majlis tersebut,hadirin terdiri dari kaum melayu,cina dan india.Yb Khalid Samad telah menerangkan dengan sejelas-jelasnya berkenaan isu kuil di seksyen 23 Shah Alam.Di majlis itu juga tazkirah di sampaikan oleh Ust.Wan Ji al-hafiz.Beliau telah menerangkan tentang cara Islam menghormati agama lain bersama nas dari al quran dan hadis.Kelihatannya tidak menjadi suatu yang pelik atau perkara yang asing apabila orang bukan Islam mendengar petikan alquran dan hadis yang menjadi hujah ust.Wan Ji.Mereka begitu khusyuk mendengar tazkirah.Rupa-rupanya di sekitar kawasan Kota Raja, cikgu Jaafar sudah sering dan membiasakan golongan bukan Islam dengan hujah-hujah Islam tersebut.Begitulah yang di terangkan oleh YDP Kota Raja itu sekembali dari Majlis itu. Baca lagi »
Difailkan dalam: Uncategorized | Leave a Comment »
Posted on 14/09/2009 by kepalaangin
dari blog lama, aku jumpa dalam buku politik apa nama entah. boleh laa buat pikir-pikir sebelum buka puasa karang.
Sosialis – aku ada 2 ekor lembu, kerajaan ambik seekor dan memberikannya kepada jiran ku.
Fabianis- aku ada 2 ekor lembu, kerajaan jaga kedua-dua ekor lembu tersebut dan memberikan susu lembu kepada jiran ku.
Komunis- aku ada 2 ekor lembu, kerajaan ambik kedua-duanya dan beri aku sedikit susu.
Fasict- aku ada 2 ekor lembu, kerajaan ambik kedua-duanya dan menjual susu lembu tersebut.
Birokrasi- aku ada 2 ekor lembu, kerajaan ambik kedua-duanya, tembak seekor, jaga seekor lagi dan buang susunya.
Kapitalis- aku ada 2 ekor lembu, jual seekor dan beli kerbau.
Islam – aku ada 2 ekor lembu, jaga lembu itu, aku beri susu lembu itu kepada jiran dan yang memerlukan, jual selebihnya dan beli kerbau.
sumber; peluru-peluru dari langit
Difailkan dalam: Uncategorized | Leave a Comment »
Posted on 02/08/2009 by kepalaangin
Rakyat tetap mahukan ISA di hapuskan.Itulah satu menifestasi yang di tunjukkan oleh ribuan rakyat yang hadir berdemontrasi di Kuala Lumpur pada 1 Ogos 2009.ISA zalim dan perlu dihapuskan!Namun tidak disenangi oleh pihak pemerintah.Mereka menggunakan ratusan anggota polis yang bertindak ganas untuk menghalang peserta demontrasi tersebut.
Ada yang telah ditangkap sebelum demontrasi bermula pada jam 2 petang.Sekitar jam 12.00 tengahari pihak polis mula menjalankan tangkapan secara rambang di sekitar Masjid Jamek dan Masjid India.Orang memakai pakaian hitam akan di soal siasat dan ditahan.Wanita yang berpurdah juga di tangkap di sekitar Masjid India.Ada juga sahabat yang baru turun LRT turut di tahan dan di tangkap kerana dilihat berkopiah putih.Pihak polis di lihat seolah-olah anti orang yang perpakaian yang nampak Islamik.Atau mungkin mereka di arahkan menangkap sesiapa yang memakai purdah dan kopiah.Ini menggambarkan seolah-olah orang Islam adalah jahat pada kaca mata mereka.
Bermulanya demontrasi sekitar jam 2 petang,bermulalah tembakan gas pemedih mata di hadapan Masjid Jamek.Aku pun tidak ketinggalan di hinggapi gas pemedih mata polis.Di sini ada gambar-gambar kenangan pada 1 Ogos 2009 di sekitar Masjid India dan Masjid Jamek ketika sebelum dan semasa kejadian serangan polis yang sempat dirakamkan. Baca lagi »
Difailkan dalam: Uncategorized | Leave a Comment »
Posted on 18/07/2009 by kepalaangin
Amat jelas kini BN sudah tidak raleven lagi.Mungkin akan mengalami kehancuran tak lama lagi.Hari ini Datuk Dr. Chua Ji Meng mengumumkan menyertai Parti Keadilan Rakyat.Justeru menyertai Pakatan Rakyat.Ini satu tamparan hebat kepada MCA dan BN.
BN dan parti komponennya yang sangat mementingkan perkauman bukan sesuatu yang sesuai di zaman ini malah sampai bila-bila pun.Memang perjuangan perkauman atau sistem perkauman tidak raleven dan direstui oleh naluri semulajadi manusia.Sebab itulah Islam melarang benjuang diatas semangat perkauman/nasionalis dan sifat Islam itu sendiri mengatasi perkauman dan sesuai untuk seluruh alam.Parti di kalangan Pakatan Rakyat tidak memperjuangkan sesuatu kaum tertentu.Hal in sangat sesuai dengan fitrah semulajadi.Mugkin inilah yang di fikirkan oleh Chua Ji Meng. Baca lagi »
Difailkan dalam: Uncategorized | Leave a Comment »
Posted on 18/05/2009 by kepalaangin
Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir merangkap menteri besar Perak haram menafikan Dun Perak akan di bubar.Beliau menyatakan itu hanyalah khabar angin sahaja.
Tetapi yang sebenarnya memang desas-desus pembubaran Dun Perak adalah benar.Beliau cuba menafikannya.Dalam waktu yang sama beliau menyatakan kepada pemberita bahawa beliau ada membuat permohonan sebanyak rm50 juta peruntukan segera kepada Najib.Alasannya untuk membesarkan lapangan terbang Sultan Azlan Shah Ipoh.(Malaysiakini) Baca lagi »
Difailkan dalam: Uncategorized | 1 Komen »
Posted on 11/05/2009 by kepalaangin
Dato’Sri Nizar Jamaludin adalah MB yang sah.Itulah yang diputuskan oleh hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini iaitu hakim Abd Aziz Abd Rahman.Keputusan berpihak kepada Pakatan Rakyat.Dr.Zambry jelas MB yang tidak sah di sisi undang-undang(MB haram).
Persoalannya sekarang,adakah umno/bn akan patuh dengan undang-undang?Banyak hukum dan undang-undang telah mereka langgar ketika ini.Kes speaker dun Perak umpamanya,mereka menggunakan SPR untuk tidak mengesahkan surat speaker tentang perlucutan jawatan 3 Adun yang lompat parti dan untuk di adakan pilihanraya kecil.Apabila speaker Sivakumar menggantung dr.Zambry dan enam exconya daripada Baca lagi »
Difailkan dalam: Uncategorized | Leave a Comment »